Jumlah mangsa banjir Perlis dipindahkan meningkat
30/03/2011 12:26pm
KANGAR 30 Mac – Jumlah mangsa banjir di Perlis meningkat apabila 416 mangsa daripada 120 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan banjir sehingga pagi ini.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, angka itu bertambah berbanding 306 mangsa pada malam tadi.
Kawasan yang dilanda banjir termasuk di kawasan Bintong, Sena dan Santan.
Data paras air sungai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan Sungai Korok di utara Perlis melepasi paras bahaya dengan ketinggian 29.80 meter sehingga jam 9.15 pagi ini.
Paras bahaya sungai itu ialah 29.60 meter.
Hujan masih turun dan ada di kalangan penduduk yang memilih untuk berpindah ke rumah sanak-saudara di kawasan selamat selain berpindah ke pusat-pusat pemindahan.
![]() |
Simpang tiga menghala ke Santan |
![]() |
Masjid Syed ALwi,Kangar |
No comments:
Post a Comment